Kegiatan seks dan gaya hidup Kegiatan_seks_manusia

Keseksualan jantina berbeza

Keseksualan jantina berbeza melibatkan dua orang daripada jantina yang berbeza. Orang-orang yang hanya melakukan seks jantina berbeza tidak semestinya akan mengenal diri sebagai heteroseksual, walaupun (berbeza dengan homoseksual yang melakukan seks sama jantina) kebanyakan takrif "heteroseksual" merangkuminya antara tahap-tahap kegiatan, kekerapan, dan minat yang berbeza-beza. Sebaliknya, mereka mungkin akan mengenal diri sebagai heteroseksual, dwiseksual, atau aseksual. Serupa juga, seseorang yang mengamalkan kedua-dua tabiat seks sama jantina dan seks jantina berbeza mungkin akan mengenal diri sebagai homoseksual, lesbian, dwiseksual, heteroseksual, atau aseksual.

Walaupun seringnya dikaitkan dengan homoseksual lelaki, seks dubur merupakan suatu amalan seks jantina berbeza yang kekadang dilakukan kerana dubur adalah "lebih ketat" berbanding dengan faraj dan oleh itu, lebih disukai oleh sebilangan heteroseksual semasa penembusan; selain itu, banyak orang juga suka melanggar pantang larang seks kebudayaan. Seks dubur tidak disarankan sebagai suatu kaedah kawalan kelahiran kerana masih terdapat setakat kemungkinan (walaupun amat kecil) untuk air mani memasuki faraj. Seks dubur jantina berbeza juga sering diamalkan oleh wanita yang menembuskan lelaki dengan dildo ikat, suatu amalan yang dikenali sebagai "pegging atau "memasak" di barat.

Amalan seks jantina berbeza dibatasi oleh undang-undang di Amerika Syarikat serta di banyak negara yang lain. Undang-undang perkahwinan Amerika Syarikat bertindak untuk menggalakkan orang-orang melakukan persetubuhan hanya dalam perkahwinan. Undang-undang liwat diperlihatkan sebagai menggalakkan persetubuhan antara jantina yang berbeza. Undang-undang juga mengharamkan orang-orang dewasa daripada melakukan penganiayaan seks, melakukan kegiatan seks dengan orang-orang yang masih belum cukup umur, melakukan kegiatan seks di tempat awam, serta melakukan kegiatan seks sebagai suatu perdagangan (pelacuran). Walaupun kesemua undang-undang ini juga merangkumi kegiatan seks sama jantina, undang-undang itu berbeza dari segi hukuman, dan hanya atau lebih kerapnya dikuatkuasakan pada kegiatan seks sama jantina. Undang-undang juga mengawal penerbitan dan penontonan fonografi, termasuk fonografi seks jantina berbeza.

Pemikatan, atau dating, ialah proses yang sesetengah orang menggunakan untuk mencari pasangan seks atau jodoh yang berpotensi. Di kalangan remaja heteroseks Amerika Syarikat (biasanya daripada kelas menengah) pada pertengahan abad ke-20, "dating" ialah sesuatu yang dibuat oleh seseorang dengan sebilangan orang yang lain sebelum memilih salah satu daripada mereka, baik untuk bersetubuh, berkahwin, atau kedua-dua.

Amalan seks jantina berbeza boleh mengambil bentuk monogami, monogami bersiri, atau poliamori, dan bergantung kepada takrif amalan seks, boleh merangkumi juga penghindaran bersetubuh serta autoerotisisme (termasuk pelancapan).

Berbagai-bagai gerakan moral dan politik telah berjuang untuk perubahan-perubahan dalam amalan seks jantina berbeza, termasuk pemikatan dan perkahwinan, sungguhpun perubahan-perubahan tersebut biasanya hanya dibuat sedikit demi sedikit di semua negara. Khususnya di Amerika Syarikat, kempen-kempen itu sering mencetuskan dan dipercepatkan oleh kecemasan moral. Di sana, gerakan-gerakan yang tidak menggalakkan amalan seks sama jantina sering menegaskan bahawa mereka sedang memperjuangkan pengukuhan amalan seks jantina berbeza dalam perkahwinan, seperti Akta Pertahanan Perkahwinan serta cadangan Pindaan Perkahwinan Persekutuan.

Keseksualan sama jantina

Keseksualan sama jantina melibatkan dua orang yang sama jantinanya. Perbuatan homoseksual boleh dilakukan oleh mereka yang menganggap diri sebagai heteroseksual, umpamanya pelancapan bersaling dalam konteks yang boleh dianggap sebagai perkembangan remaja heteroseks "biasa". Orang homoseksual yang berpura-pura mengamalkan hidup keheteroseksualan sering dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai mengamalkan hidup "almari" (bahasa Inggeris: closeted ), iaitu mereka menyembunyikan keseksualan mereka di dalam "almari".

Walaupun terdapat stereotaip dan tanggapan salah yang umum, tidak adanya sebarang bentuk kegiatan seks tersendiri bagi tingkah laku seks sama jantina yang tidak juga terdapat dalam tingkah laku seks jantina berbeza, kecuali perbuatan-perbuatan yang melibatkan penyentuhan kemaluan jantina yang sama (sila lihat tribadisme, dan frot).

Sesetengah keadaan, seperti pemenjaraan atau sekolah jantina tunggal serta persekitaran pemisahan jantina, sering menyebabkan orang-orang yang biasanya tidak mencari hubungan jenis dengan pasangan sama jantina, melakukan jenis tingkah laku seks sama jantina. Ini dikenali sebagai kehomoseksualan situasi.

Dalam kes-kes yang lain, sesetengah orang mungkin menguji kaji atau menyelidik keseksualan mereka melalui kegiatan seks sama jantina (dan/atau berbeza) sebelum menentukan identiti jantina mereka. Kempen-kempen dan pegawai-pegawai kesihatan Amerika Syarikat seringnya menyasarkan orang-orang yang mengenal diri sebagai "Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki" heteroseksual atau dwiseksual, berbanding dengan orang-orang yang mengenal diri sebagai lelaki "homoseksual". Lihat juga Lesbian selepas mendapat ijazah.

Orang-orang yang hanya mengamalkan kegiatan seks sama jantina secara eksklusif tidak semestinya mengenal diri sebagai "homoseksual" atau "lesbian". Bagaimanapun, takrif homoseksual  tetap membawa pengertian "seorang yang berasa ghairah terhadap ahli yang sama jantina dengannya". Walaupun demikian, tahap tarikan bergantung kepada kekerapan, kerelaan, dan/atau minat.

Di kalangan sesetengah sektor orang Amerika-Afrika (digelar "men on the DL" dalam bahasa Inggeris, dengan "DL" merupakan singkatan untuk "down-low" ), tingkah laku seks sama jantina kekadang diperlihatkan hanya sebagai suatu keseronokan fizikal. Mereka itu melakukan hubungan jenis dengan lelaki (seringnya secara terselindung) semasa meneruskan hubungan cinta dan hubungan jenis dengan kaum wanita. Para lelaki itu seringnya menjauhi diri daripada gelaran "homoseksual" kerana istilah itu di kawasan mereka membawa pengertian lelaki ranggi dan kewanita-wanitaan berketurunan Eropah, sebuah kumpulan yang sesetengah mereka mungkin ingin menjauhi diri.

Lihat juga: Pengkotejan, Meronda untuk persetubuhan, Rumah mandi homoseksual, Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki.

Keseksualan hubungan pasangan luas

Kes-kes yang melibatkan melebihi dua orang pasangan dalam sebuah perkongsian seks termasuk:

Keseksualan autoerotik

Rencana utama: Autoerotisisme

Autoerotisisme, sebagaimana yang namanya membayangkan, ialah kegiatan seks yang tidak melibatkan orang lain sebagai pasangan. Ia boleh mengambil bentuk pelancapan, tetapi banyak jenis parafilia (amalan seks yang luar biasa) juga serupa tidak memerlukan pasangan.

Kebanyakan amalan autoerosisme adalah agak selamat atau selamat pada keseluruhannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa bentuknya yang dianggap tidak selamat. Ini termasuk pengasfiksian autoerotik dan perhambaan diri. Kemungkinan kecederaan atau juga kematian wujud semasa melakukan versi fetisy pasangan (permainan cekik dan perhambaan) dinaikkan dengan ketara, akibat keterasingan dan ketiadaan bantuan semasa kecemasan. Pengasfiksian autoerotik menuntut banyak nyawa pemuda setiap tahun.

Keseksualan alternatif

Rencana utama: Keseksualan alternatif

Terdapat beberapa bentuk untuk apa yang dipanggil keseksualan alternatif. Ini biasanya berdasarkan pilihan masing-masing, dan berbeza-beza antara apa yang umumnya diterima atau ditoleransi, sehingga jenis yang penuh dengan perbalahan atau haram di sisi undang-undang.

Contoh-contoh untuk bentuk keseksualan alternatif yang kurang biasa termasuk kegiatan BDSM yang kegiatan penguasaan dan penyerahan merupakan ciri-ciri utama kegiatan seks, serta keseksualan haiwan yang pasangan jangka panjang merupakan spesies yang lain.

Keseksualan paksaan dan penganiayaan

Rencana utama: Penganiayaan seks

Kegiatan seks juga boleh merangkumi penganiayaan seks, iaitu menyalahgunakan keseksualan atau menggunakan keseksualan secara paksaan. Contoh-contohnya termasuk rogol, pembunuhan nafsu berahi, penganiayaan seks kanak-kanak, zoosadisme (penganiayaan seks haiwan), serta di banyak negara, parafilia tanpa sepersetujuan seperti frotaj, skatofilia telefon (panggilan telefon yang tak senonoh), serta juga ekshibisionisme tanpa sepersetujuan dan penyakit intai (juga dikenali masing-masing sebagai "pendedahan tak senonoh" dan "pengintai").